? ??????????????Coffee Time? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1076 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Abstract Blues? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 486 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Tame The Wind? ??? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 1, 2009

Sejarah Petempatan awal
--------------------------------------------------------------------------------
Pada masa dahulu, manusia hidup secara nomad. Mereka berpindah-randah untuk mencari makanan dengan memburu binatang dan mengumpul buah-buahan. Kira-kira 8 000 S.M, cara hidup mereka mula berubah. Manusia mula pandai mentemak binatang seperti lembu, biri-biri, dan kambing. Mereka juga menanam tanaman seperti padi, gandum, dan jagung. Perkembangan ini menyebabkan manusia tinggal dan menetap di sesuatu tempat. Seterusnya, manusia mempelbagaikan kegiatan dan menjalankan aktiviti bukan pertanian seperti perniagaan dan perkhidmatan.

Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai, iaitu di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (Mesopotamia), Lembangan Sungai Nil, Lembangan Sungai Indus, dan Lembangan Sungai Hwang He. Keempat-empat petempatan awal ini juga merupakan tamadun yang paling awal.



Faktor-faktor yang menggalakkan manusia menetap di keempat-empat lembangan sungai tersebut adalah hampir sama. Keempat-empat kawasan ini mempunyai keadaan yang sesuai untuk petempatan dan aktiviti pertanian. Antaranya termasuklah:

Dataran sungai yang rata,subur, serta kaya dengan tanih aluvium.
Terdapat kawasan rumput untuk temakan.
Sungai yang menyediakan bekalan air tetap untuk kegunaan domestik dan pengairan.
Sungai menyediakan jalan pengangkutan serta pergerakan penduduk, perniagaan, dan perdagangan.

0 comments: